Kerjaya muzik Ali Sariah

Ali memulakan kerjaya awalnya dalam bidang muzik sebagai penyanyi perseorangan sebelum Putu Ceri mengajaknya untuk sertai Masdo pada awal tahun 2015. Masdo yang dianggotai oleh Ali Sariah sebagai vokalis utama dan gitaris, Putu Ceri sebagai pemain bass, Azham Ahmad sebagai pemain dram, Asmawi sebagai gitaris utama dan Chakam sebagai pemain keyboard.

Bersama Masdo, Ali menjadi bualan masyarakat kerana membawa keunikan ala-ala penyanyi zaman P. Ramlee dalam setiap nyanyian lagunya . Hal itu secara tidak langsung menjadikan Kugiran Masdo satu kumpulan muzik Malaysia yang tersohor dan digilai ramai dalam kalangan anak-anak muda masa kini. Antara lagu-lagu yang menjadikan Masdo terkenal ialah Dinda, Bercanda Di Malam Indah dan Bunga, dimana ketiga-tiga lagu nyanyian Ali itu menjadi hits di Malaysia . Pada 2019, Lagu Dinda telah dicalonkan dalam finalis Anugerah Juara Lagu ke-34.[2]